5:35 PM

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.
Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.
5:09 AM
Kepada sesiapa yang berminat dengan sebarang penulisan seperti cerpen ke, pantun ke, puisi dan sebagainya... Marilah menulis disini..
4:51 AM
Terdapat banyak petua dari oarang tua-tua kita. Cuma hendak dengan tidak sahaja untuk kita lakukan. Kebanyakan petua orang tua-tua ini memang memberikan kesan yang baik kepada tubuh badan kita.
Kepada sesiapa yang ada petua-petua tersebut marilah kita berkongsi bersama.
1. Menghilangkan pecah pada tumit kaki
Untuk merawatnya ambil hampas kelapa yang telah diperah santannya untuk masakan, kemudian sapu hampas kelapa tadi di tumit kaki anda. Lakukan setiap hari. Insyaallah pecah-pecah di kaki akan hilang.
Satu cara lagi ialah dengan menggosokkan batu sungai ke tumit kaki anda. Lakukan setiap kali semasa anda mandi.
2. Mencantik dan menghitamkan kening
Ambil serbuk teh yang telah dipakai. basuh bersih dan kemudian tampal/letakkan pada kening anda. biarkan hingga 15 minit dan basuh. lakukan setiap malam sebelum tidur.
3. Menghitam dan menyegarkan rambut
Gunakan santan kelapa untuk menghitamkan dan menyegarkan rambut anda yang selama ini kusut atau sukar untuk disikat. Lurutkan rambut dengan santan kelapa (perahan santan kelapa segar). Sapu keseluruh bahagian rambut. Kemudian tutup dengan tuala selama lebih kurang sejam. selepas itu mandilah dan syampoo rambut untk menghilangkan bau.
4. Menghilangkan bulu ketiak
Gunakan kapur sireh dan sapukan pada ketiak anak anda. Ulangai setiap hari. Insyaallah bulu ketiak tidak akan tumbah lagi.
5. Mengurangkan demam kuning
Mandikan kanak-kanak tersebut dengan air rebusan daun Pokok Hujan Lebat. Mandikan kanak-kanak tersebut sehari sekali atau lebih baik dimandikan setiap hari. Boleh direbus bersama daun pokok belimbing buluh untuk menambahkan kemujarabannya.
4:33 AM
Pembayang atau sampiran
Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun. Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.
Maksud atau isi
Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun tersebut(tema).
Perkataan
Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya.
Suku kata
Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.
Rima atau bunyi
Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun. Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a.
Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.Contoh pantun yang baik :
CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIK
Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:
-
mengandungi 4 kerat/baris
-
jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan
-
jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata
-
ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah)
-
bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b .
-
bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam.
-
maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup
-
sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang melahir dan menggunakannya.
JENIS-JENIS PANTUN
Pantun 4 kerat (jenis paling popular) Pantun 6 kerat Pantun 8 kerat Pantun 10 kerat Pantun 12 kerat Pantun 14 kerat Pantun berkait
Maklumat dari : http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php
4:21 AM
Menurut Kamus Dewan, (1986:813)
"... sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap yang mempunyai pembayang dan maksud ..."
Menurut Zaaba (1965:218)
"... perkataan pantun itu pada mulanya dahulu dipakai orang dengan makna seperti, umpama, laksana ... "
Pantun merupakan satu puisi Melayu yang sejati dan biasanya ia digunakan untuk mengambarkan pelbagai keadaan dankegunaan antaranya ialah melahirkan perasaan sedih, gembira, rindu, berkasih dan memberi nasihat.
Pantun juga boleh diguna secara berbalas di majlis tertentu sepertimajlis peminangan dan perkahwinan. Pantun juga boleh dinyanyikan seperti mana lagu Rasa Sayang, Sri Mersing dan lain-lain. Ada kalanya pantun dibaca sebagai mentera dalam sesetengah jampi serapah yang diamalkan oleh pawang dan dukun dalam perubatan tradisional.
6:45 AM

Menteri Pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin
|

Timbalan Menteri
Datuk Dr Wee Ka Siong
|

Timbalan Menteri
Dr. Mohd Puad Zarkashi
|
3:23 AM
1. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang
makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.
2. Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi
ayam. maka ayam menjadi apa?
3. Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia
akan marah-marah?
INGAT 4 PERKARA .....
4 perkara berharga dalam diri manusia :
1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan
keburukan orang lain.
4 Amalan paling sulit dilakukan :
1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang
diharapkan sesuatu darinya.
4 Perkara yang diketahui :
1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama).
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa
bencana@musibah.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.
KISAH PENDAYUNG SAMPAN ..
Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian.Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian dia pun terus menggoyang-goyangkannya; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, “Hmm. Hari nak hujan.” “OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat” kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan. “Kamu dah lama kerja mendayung sampan?” Tanya Professor itu. “Hampir semur hidup saya.” Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.“Seumur hidup kamu?” Tanya Professor itu lagi. “Ya”. “Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?” Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, “Kamu tahu geografi?” Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. “Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.” Kata Professor itu lagi, “Kamu tahu biologi?”pendayung sampan itu menggelengkan kepala. “Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?” Professor itu masih lagi bertanya. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. “Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan.” Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri. Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, “Kamu tahu berenang?” Professor itu menggelengkan kepala. “Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.” Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai. (dr email rakan)