BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 16, 2009

Ada apa-apa petua tak ??

Terdapat banyak petua dari oarang tua-tua kita. Cuma hendak dengan tidak sahaja untuk kita lakukan. Kebanyakan petua orang tua-tua ini memang memberikan kesan yang baik kepada tubuh badan kita.

Kepada sesiapa yang ada petua-petua tersebut marilah kita berkongsi bersama.


1. Menghilangkan pecah pada tumit kaki

Untuk merawatnya ambil hampas kelapa yang telah diperah santannya untuk masakan, kemudian sapu hampas kelapa tadi di tumit kaki anda. Lakukan setiap hari. Insyaallah pecah-pecah di kaki akan hilang.

Satu cara lagi ialah dengan menggosokkan batu sungai ke tumit kaki anda. Lakukan setiap kali semasa anda mandi.

2. Mencantik dan menghitamkan kening

Ambil serbuk teh yang telah dipakai. basuh bersih dan kemudian tampal/letakkan pada kening anda. biarkan hingga 15 minit dan basuh. lakukan setiap malam sebelum tidur.

3. Menghitam dan menyegarkan rambut

Gunakan santan kelapa untuk menghitamkan dan menyegarkan rambut anda yang selama ini kusut atau sukar untuk disikat. Lurutkan rambut dengan santan kelapa (perahan santan kelapa segar). Sapu keseluruh bahagian rambut. Kemudian tutup dengan tuala selama lebih kurang sejam. selepas itu mandilah dan syampoo rambut untk menghilangkan bau.

4. Menghilangkan bulu ketiak

Gunakan kapur sireh dan sapukan pada ketiak anak anda. Ulangai setiap hari. Insyaallah bulu ketiak tidak akan tumbah lagi.

5. Mengurangkan demam kuning

Mandikan kanak-kanak tersebut dengan air rebusan daun Pokok Hujan Lebat. Mandikan kanak-kanak tersebut sehari sekali atau lebih baik dimandikan setiap hari. Boleh direbus bersama daun pokok belimbing buluh untuk menambahkan kemujarabannya.


0 comments:

INGAT 4 PERKARA .....

4 perkara berharga dalam diri manusia :

1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.

3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.

4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan

keburukan orang lain.

4 Amalan paling sulit dilakukan :

1. Memberi maaf pada waktu marah.
2.
Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang
diharapkan sesuatu darinya.


4 Perkara yang diketahui :

1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama).

2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa
bencana@musibah.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

KISAH PENDAYUNG SAMPAN ..

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian.Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian dia pun terus menggoyang-goyangkannya; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, “Hmm. Hari nak hujan.” “OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat” kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan. “Kamu dah lama kerja mendayung sampan?” Tanya Professor itu. “Hampir semur hidup saya.” Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.“Seumur hidup kamu?” Tanya Professor itu lagi. “Ya”. “Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?” Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, “Kamu tahu geografi?” Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. “Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.” Kata Professor itu lagi, “Kamu tahu biologi?”pendayung sampan itu menggelengkan kepala. “Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?” Professor itu masih lagi bertanya. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. “Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan.” Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri. Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, “Kamu tahu berenang?” Professor itu menggelengkan kepala. “Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.” Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai. (dr email rakan)