Sunday, April 17, 2011
Monday, February 21, 2011
Peribahasa Melayu

- Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
- Segala-gala yang dikehendaki sudah diperolehi
2. Seperti lembu dicucuk hidung
- Orang yang selalu menurut kemahuan orang
3. Bagai kaca terhempas ke batu
- Sangat sedih atau kecewa
4. Bagai aur dengan tebing
- Hubungan yang rapat antara satu sama lain dan saling membantu
5. Melentur buluh biarlah dari rebungnya
- Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu
Posted by wafiz terkini at 9:56 PM 0 comments
Thursday, February 10, 2011
Wednesday, February 9, 2011
Monday, January 24, 2011
Tuesday, March 2, 2010
KATA NAMA
1. Kata Nama Am
- Merujuk kepada sesuatu perkara secara umum. Dalam penulisan kata nama am ditulis dengan huruf kecil.
Contoh : buku, pemadam, cincin, sekolah, gajah
2. Kata Nama Khas
- Dikhususkan kepada sesuatu seperti nama manusia, gelaran pada haiwan, negeri, judul. Dalam penulisan ia ditulis dengan hurus besar pada huruf pertamanya.
Contoh : Cikgu Nizam, Puan Lita, Cik Gaya, Aliah, Natasya, Iqbal, Alif, Imanuddin, Sang Kancil, Si Comel, Si Belang, Johor, Perak, Kedah, Pak Cik Tahir, Pasar Raya Ekonomi, Pasar Mini Ahmad, Ogos, September
3. Kata Nama Terbitan
- Ia terbentuk apabila imbuhan pe -, pen-... an, per-...an, ke-...an, diimbuhkan pada suatu kata dasar.
Contoh : bina - pembina, pembinaan, binaan
Contoh : makan - pemakan, pemakanan, makanan
Contoh : keluar - pengeluar, pengeluaran, keluaran
Contoh : Tua - pengetua, ketua
Posted by wafiz terkini at 2:48 AM 0 comments
SIMPULAN BAHASA - tolonglah tambah...
1. Kepala Batu
- Orang yang degil dan tidak mahu mendengar nasihat
2. Berat Tulang
- Pemalas
3. Anak Gahara
- Anak raj ayng dilahirkan oleh permmaisuri daripada keturunan raja juga
4. Gaji Buta
- Menerima upah atau gaji tanpa bekerja
5. Sejuk Hati
- Berasa sangat lega
Posted by wafiz terkini at 2:43 AM 0 comments
INGAT 4 PERKARA .....
1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan
keburukan orang lain.
4 Amalan paling sulit dilakukan :
1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang
diharapkan sesuatu darinya.
4 Perkara yang diketahui :
1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama).
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa
bencana@musibah.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

KISAH PENDAYUNG SAMPAN ..
